BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 14, 2010

RAHSIA AQABAH

Salam mahabbah buat semua...kali ini genre blog saya mengenai satu cerita yang mungkin anda semua tidah mengetahuinya...Jika diantara kalian mengetahuinya pun tidak salah untuk membacanya lagi...

Pada minggu lepas saya dan beberapa teman yang lain berpeluang mengunjungi pantai Aqabah yang jaraknya agak jauh dari tempat saya belajar iaitu Mu'tah...Lebih kurang 4jam menaiki 'coster' iaitu salah satu pengangkutan yang agak terkenal juga di Jordan ini.

Selepas 4jam mengharungi perjalanan di padang pasir yang tandus, kami pun sampai di Aqabah. Memang berbeza benar pemandangan di Aqabah ini, sangat berbeza jika dibandingkan dengan Mu'tah yang merupakan sebuah perkampungan kecil, sesuailah Aqabah dikatakan tempat perlancongan dan sebuah tempat dimana laut negara Jordan hanya berada disitu.

Setelah kami turunnya dari'coster' bermulalah perjalanan kami di Aqabah ini, perkara pertama yang harus kami lakukan ialah mencari sebuah hotel untuk merehatkan diri. Setelah chek-in hotel kami memulakan langkah berlegar-legar dikawasan Aqabah.

Seronoknya tidak terkata, tambahan pula hotel kami berhadapan dengan pantai itu lebih menggembirakan. Aqabah memang terkenal dikalangan pelancong luar mahupun dalam dengan barangan jualannya yang murah, sebut aja...semua ada "duty free" la katakan. Setiap ruang di kawasan Aqabah dipenuhi dengan kedai-kedai yang menjual barang seperti pakaian, kasut, cenderahati dan sebagainya.

Setelah agak lama bersiar-siar sekitar kawasan membeli belah, kami terus menuju ke pantai. Pantai Aqabah, memang sangat berhadapan dengan negara Zionis iaitu Israel...

Dipantai inilah bermulanya sebuah rahsia yang kami sendiri pun tidak pernah mengjangka untuk mengetahuinya. Begini kisahnya, semasa kami bersiar-siar memerhatikan dan menikmati permandangan laut Aqabah, kami telah disapa oleh seorang pemandu bot yang mempelawa lami menaiki boatnya untuk menikmati permandangan laut Aqabah.

Pada mulanya kami enggan, kami fikir... apalah yang ada kalo menaiki botnya, hanya bersiar-siar dikawasan laut, apalah istimewanya...biasa sahaja... Namun setelah dipujuk olehnya kami semua menaiki boatnya...

Dengan bayaran JD 10 yang dikenakan kami menaiki boatnya, pada awal kami menaiki boatnya kami memerhati di tengah-tengah bahagian bawah botnya diletakkan sebuah cermin plastik lutsinar. Sejenak kami terfikir mengapa diletakkan cermin plastik lutsinar didalam bot tersebut, kemudiannya kami ajukan soalan itu kepada pemandu tersebut, dengan panggilan "ammu" kami mengajukan soalan tersebut dia mengatakan di sini ada "dababah" kami saling berpandangan antara kami, berfikir sebentar, apa yang dikatakan dengan "dababah" diantara kami masing-masing memberi jawapan yang berbeza ada yang mengatakan "dababah itu benda yang melata tidak salah la, dalam laut memang ada rumpai laut, memamg ia melata di dasarnya, ada juga yang mengatakan ia merupakan kuda laut, namun seingat saya masa dalam pembelajaran ulum askari di Jamiah "dababah" ialah kereta kebal...kami 'akidkan' dengan "ammu" itu mana mungkin adanya kereta kebal dalam laut... Takkanlah tentera Jordan meletakkan kereta kebalnya dalam laut, wah... hebat sungguh la ketenteraan Jordan kalo meletakkan kereta kebalnya di dalam laut...namun "ammu" itu tetap dengan jawapannya...'fi dababah hun' maksudnya ada kereta kebal didalam laut ini.

Selepas sepuluh minit berada di dalam bot tersebut, kami di bawa berlegar di sebuah kawasan yang tidak jauh dari pantai Aqabah. Memang bukan kepalang, kami melihat dari cermin plastik bot tersebut, terdapat sebuah kereta kebal yang berada didasar laut...
Kami bertanya kan kepadanya,mengapapa adanya "dababah" tersebut disitu??? kemudian dia menceritakan bahawa, dulu Israel pernah membawa kereta kebalnya melalui jalan udara Jordan untuk menyerang negara yang diperanginya, namun dengan kuasa Allah "dababah"nya tenggelam dipermukaan laut Aqabah...

Memang teruja, pertama kali melihat "dababah" di dalam laut... Itulah pengalaman kami menyusuri laut merah yang menyimpan rahsia...semoga genre kali ini memberi info buat kalian semua, jika mempunyai ruang untuk bersiar-siar di Aqabah, jangan lupa untuk menaiki bot bagi melihat "dababah" yang terdapat didasar laut Aqabah itu. Semoga terhibur=)...