" Takdir bukan satu pilihan tapi ia merupakan perjanjian yang telah kita semua ikrarkan" Ingatlah Qada dan Qadar Allah telah ditetapakan... tetaplah bersabar walau ia terlalu pahit namun mungkin ada sesuatu yang amat berharga yang tidak kita sangkakan menanti kita" Seandainya apa yang kita inginkan tidak di makbulkan pada hari ini, mungkin esok menanti pula. Namun jika bukan esok juga, ingatlah Allah telah menetapkan sesuatu yang lebih berharga. Sabar, sabar dan terus bersabar...Memang mudah untuk mengungkapkan sabar bagi insan yang tidak dideritai sesuatu...Namun Allah lebih Maha Mengetahui hambanya kerana Dia Maha Pencipta semulia Alam ini:). "DALAM DERITA ADA BAHAGIA, DALAM GEMBIRA MUNGKIN TERSELIT DUKA, INSAN MEMANDANG MEMPUNYAI BERBAGAI TAFSIRAN..."
"SEGALA TAKDIR... TERIMALAH DENGAN HATI TERBUKA, WALAU TERSIKSA... ADA HIKMAHNYA..." "HARUS ADA RASA BERSYUKUR... DISETIAP KALI UJIAN MENIMPA ITU JELASLAH MEMBUKTIKAN ALLAH MENGASIHIMU SETIAP MASA..." "ALLAH RINDU MENDENGARKAN RINTIHANMU BERPANJANGAN BERSYUKURLAH DAN SABARLAH MENGHADAPI..."Saturday, September 29, 2012
Saturday, August 20, 2011
~Mesir dalam kenangan~:) (siri satu)
~Salam ingatan salam kerinduan:)...Genre kali ini saya ingin menceritakan tentang negara Mesir yang pernah saya lawati...agak begitu mengujakan juga...sudah lama blog ini diketepikan diatas kesibukan masa dan kesuntukkan ruang tatkala memenuhi permintaan sebagai seorang student dan pemegang amanah dari Puan RUSSENAH binti SHAARI...ibu yang sangat di cintai:)...heeeee:)...
Mari kita mulakan penceritaan pertama,Mesir adalah sebuah negara yang penduduknya agak padat dan sibuk dengan hiruk pikuk kotanya lebih-lebih lagi ibu negaranya Kaherah...tidak lengkaplah jika tidak bunyi hon yang kedengaran setiap saat ia adalah sebagai mercu tanda negara MESIR...arghhh agak begitu merunsingkan namun ia sebuah negara yang menarik untuk dilawati dan ia satu pengalaman baru yang tiada di tanah air, mana taknya di malaysia penggunaan hon amat jarang sekali betul kan???:)
Mesir sebuah negara yang agak luas, terdiri dari banyak "mantiqah" atau lebih dikenali dengan kawasan namun saya ingin menyebutkan kawasan yang saya lawati seperti Nuweiba, Kaherah, Alexandaria, Mansurah, Dahap, Sinai dan Fayoum.
Perjalanan saya bermula dengan sesampainya di Nuweiba dengan menaiki kapal laut yang meganbil masa setengah hari walaupun perjalanan ke Mesir jika menggunakan jalan udara hanya mengambil masa hanya 2jam...namun perjalanannya sangat begitu berharga dan bermakna, dapat menhirup bayu laut malam merupakan pengalaman pertama bagi saya:).
~Inilah kapalnya:)~
Perjalanan awalnya bermula ke sebuah Kubu Salehuddin AL-AYUBI yang berada di sebuah pulau, sangat cantik tempatnya:)...Betul kan??? lambang kegagahan Islam.
Selesai melawati Kubu, perjalanan diteruskan ke Gunung Sinai, tempat nabi musa menerima wahyu yang mana telah disebutkan dalam surah AT TIN ayat 2 yang di ceritakan didalam Al-Quran Karim... Terlalu teruja semasa mengunjungi tempat itu...ada terlakar dibatu yang menggambarkan seekor anak kambing di sebuah gunung berhampiran Gunung Sinai.
~Menggambarkan seekor anak kambing~
Melawati tempat terpancarnya mata air atau lebih dikenali dengan Wadi Arbaien.
Pada malam harinya pula kami menjejaki Gunung Sinai yang perlu didaki selama setengah hari perjalanan...bermula dari 12 malam dan tiba di Gunung sebelum matahari terbit...Sungguh indah ciptaan Allah:).
~selesai genre untuk kali ini~Bersambung pada siri dua...Perjalanan di DAHAP:)~
Posted by violet at 1:35 PM 0 comments
Wednesday, July 14, 2010
RAHSIA AQABAH
Salam mahabbah buat semua...kali ini genre blog saya mengenai satu cerita yang mungkin anda semua tidah mengetahuinya...Jika diantara kalian mengetahuinya pun tidak salah untuk membacanya lagi...
Pada minggu lepas saya dan beberapa teman yang lain berpeluang mengunjungi pantai Aqabah yang jaraknya agak jauh dari tempat saya belajar iaitu Mu'tah...Lebih kurang 4jam menaiki 'coster' iaitu salah satu pengangkutan yang agak terkenal juga di Jordan ini.
Selepas 4jam mengharungi perjalanan di padang pasir yang tandus, kami pun sampai di Aqabah. Memang berbeza benar pemandangan di Aqabah ini, sangat berbeza jika dibandingkan dengan Mu'tah yang merupakan sebuah perkampungan kecil, sesuailah Aqabah dikatakan tempat perlancongan dan sebuah tempat dimana laut negara Jordan hanya berada disitu.
Setelah kami turunnya dari'coster' bermulalah perjalanan kami di Aqabah ini, perkara pertama yang harus kami lakukan ialah mencari sebuah hotel untuk merehatkan diri. Setelah chek-in hotel kami memulakan langkah berlegar-legar dikawasan Aqabah.
Seronoknya tidak terkata, tambahan pula hotel kami berhadapan dengan pantai itu lebih menggembirakan. Aqabah memang terkenal dikalangan pelancong luar mahupun dalam dengan barangan jualannya yang murah, sebut aja...semua ada "duty free" la katakan. Setiap ruang di kawasan Aqabah dipenuhi dengan kedai-kedai yang menjual barang seperti pakaian, kasut, cenderahati dan sebagainya.
Setelah agak lama bersiar-siar sekitar kawasan membeli belah, kami terus menuju ke pantai. Pantai Aqabah, memang sangat berhadapan dengan negara Zionis iaitu Israel...
Dipantai inilah bermulanya sebuah rahsia yang kami sendiri pun tidak pernah mengjangka untuk mengetahuinya. Begini kisahnya, semasa kami bersiar-siar memerhatikan dan menikmati permandangan laut Aqabah, kami telah disapa oleh seorang pemandu bot yang mempelawa lami menaiki boatnya untuk menikmati permandangan laut Aqabah.
Pada mulanya kami enggan, kami fikir... apalah yang ada kalo menaiki botnya, hanya bersiar-siar dikawasan laut, apalah istimewanya...biasa sahaja... Namun setelah dipujuk olehnya kami semua menaiki boatnya...
Dengan bayaran JD 10 yang dikenakan kami menaiki boatnya, pada awal kami menaiki boatnya kami memerhati di tengah-tengah bahagian bawah botnya diletakkan sebuah cermin plastik lutsinar. Sejenak kami terfikir mengapa diletakkan cermin plastik lutsinar didalam bot tersebut, kemudiannya kami ajukan soalan itu kepada pemandu tersebut, dengan panggilan "ammu" kami mengajukan soalan tersebut dia mengatakan di sini ada "dababah" kami saling berpandangan antara kami, berfikir sebentar, apa yang dikatakan dengan "dababah" diantara kami masing-masing memberi jawapan yang berbeza ada yang mengatakan "dababah itu benda yang melata tidak salah la, dalam laut memang ada rumpai laut, memamg ia melata di dasarnya, ada juga yang mengatakan ia merupakan kuda laut, namun seingat saya masa dalam pembelajaran ulum askari di Jamiah "dababah" ialah kereta kebal...kami 'akidkan' dengan "ammu" itu mana mungkin adanya kereta kebal dalam laut... Takkanlah tentera Jordan meletakkan kereta kebalnya dalam laut, wah... hebat sungguh la ketenteraan Jordan kalo meletakkan kereta kebalnya di dalam laut...namun "ammu" itu tetap dengan jawapannya...'fi dababah hun' maksudnya ada kereta kebal didalam laut ini.
Selepas sepuluh minit berada di dalam bot tersebut, kami di bawa berlegar di sebuah kawasan yang tidak jauh dari pantai Aqabah. Memang bukan kepalang, kami melihat dari cermin plastik bot tersebut, terdapat sebuah kereta kebal yang berada didasar laut...
Kami bertanya kan kepadanya,mengapapa adanya "dababah" tersebut disitu??? kemudian dia menceritakan bahawa, dulu Israel pernah membawa kereta kebalnya melalui jalan udara Jordan untuk menyerang negara yang diperanginya, namun dengan kuasa Allah "dababah"nya tenggelam dipermukaan laut Aqabah...
Memang teruja, pertama kali melihat "dababah" di dalam laut... Itulah pengalaman kami menyusuri laut merah yang menyimpan rahsia...semoga genre kali ini memberi info buat kalian semua, jika mempunyai ruang untuk bersiar-siar di Aqabah, jangan lupa untuk menaiki bot bagi melihat "dababah" yang terdapat didasar laut Aqabah itu. Semoga terhibur=)...
Posted by violet at 6:17 AM 0 comments
Wednesday, June 23, 2010
Pergaulan...
pergaulan dan persahabatan...adakah ia dua benda yang sama @ ia mempunyai banyak perbezaan dari segi istilah kamus dewan atau makna yang kita fahami???seperti mana yang kita ketahui pergaulan ialah pehubungan...manakala persahabatan merupakan jalinan antara seorang dengan seorang yang kita kenali juga sebagai teman sahabat dan rakan... pergaulan dan persahabatan merupakan suatu yang subjektif...lumrah hidup memerlukan teman untuk berkongsi rasa hati...dalam pergaulan itu memerlukan keikhlasan yang sepenuhnya...oleh itu setiap adab dalam pegaulan perlu dipatuhi antaranya ialah...
sebagaimana yang di tulis oleh Imam Al Ghazali...
Dipetik daripada Kitab Mau'izatul Mu'minin,
Jika kamu ingin berbual secara baik dan sopan, maka ikutilah petunjuk-petunjuk ini :
Hadapilah kawanmu atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan
dan kerelaan serta penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan sekali-kali kamu
menampakkan sikap angkuh, sombong dan berasa tinggi diri. Rendahkanlah dirimu
tapi bukan kerana perasaan kurang harga diri. Dalam segala hal, letakkan menurut
ukuran yang pertengahan, sebab sesuatu yang berlebihan dari segala macam perkara
itu pasti tidak baik dan tercela.
Jangan gemar melihat di kedua sampingmu, kanan atau kiri. Jangan pula banyak
menoleh ke mana-mana. Jangan pula terlampau tajam memandang orang lain. Jikalau
engkau duduk, maka janganlah seolah-olah sebagaimana orang yang tidak tenang
duduknya dan seperti orang yang hendak melompat-lompat sahaja.
Usahakanlah supaya dudukmu itu sentiasa tampak tenang, kata-katamu slalu teratur
dan tertib. Dengarlah hati-hati percakapan orang yang ada di mukamu, tanpa
menunjukkan kehairanan yang amat sangat. Jangan pula engkau biasa meminta orang
lain mengulangi perbicaraannya. Jikalau ada hal-hal yang mentertawakan, maka
diamlah secepat mungkin.
Janganlah dalam bercakap-cakap itu engkau membanggakan dirimu sendiri,
anak-anakmu, rambutmu, karangan-karanganmu atau apa sahaja yang engkau anggap
suatu keistimewaan dalam dirimu atau keluargamu.
Jikalau engkau berdebat, pegang teguhlah kesopanan. Janganlah engkau dianggap
manusia yang bodoh dan tolol oleh orang lain, terutama oleh lawanmu. Jauhkanlah
sikap tergesa-gesa, fikirkanlah masak-masak hujah atau bantahanmu. Jangan skali
berisyarat dengan menggunakan tangan dan jangan pula suka menoleh ke belakang.
Jikalau engkau sedang marah, diamlah dulu dan setelah reda kemarahanmu,
ucapkanlah isi hatimu dengan baik.
Posted by violet at 6:38 AM 0 comments
Saturday, June 19, 2010
~sahabat...!! @rakan??%%@teman>>??**
~Sahabat...apa yang kita ertikan dengan sahabat,rakan,teman???!!! apakah yang kita anggapkan tatkala ungkapan ini di ucapkan???adakah insan ini kita menggangganya seperti seorang yang terlalu istimewa???@ kita menemuinya tatkala kita sering keresahan!!!atau kita mencarinya apabila kebinggungan...ermmm mari kita renungkan dan kita fikirkan...??!!!tenung sedalam-dalamnya...apa sebenar yang kita mahu dari seorang sahabat,teman,rakan...sahabat tidak ubah seperti sebuah cermin yang bisa memantulkan diri kita tatkala bersamanya...
Adakah kita tahu seorang sahabat mampu menjadikan hidup kita kembali ceria tatkala berjauhan dgn keluarga...serius saya katakan...ia mampu menenangkan jiwa dan menjadikan hidup kita sempurna semula...hidup berjauhan dengan keluarga demi mencari ilmu dan pengalaman yang banyak mengajar saya betapa pentingnya sahabat dalam kehidupan...bila saja memikirkan kembali... dulunya saya tidak menghargai sahabat yang berada di sekeliling, sekarang saya tahu betapa bermaknanya dan berertinya mereka dalam kehidupan saya ini...sedih rasanya...namun apabila berada disini sebuah benua yang sgt berjarak dari keluarga...sahabat sgt bermakna buat kehidupan ini...Ingatlah sahabat setia amat payah untuk dicari...Ingat...
Posted by violet at 9:34 AM 0 comments
Friday, May 28, 2010
~ many meaning~from the song***=) ...I love it
Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Posted by violet at 2:23 PM 0 comments